dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Ulangkaji Siri 2 Phyton, HTML & SQL

28 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2026, tiga orang peserta sekolah menengah telah menyertai Kelas Ulangkaji Siri 2 Python yang dijalankan melalui platform NADI Book. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan serta mengukuhkan pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan Python.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan tentang mengapa Python digunakan secara meluas dalam bidang teknologi. Antaranya kerana Python merupakan bahasa pengaturcaraan yang mudah dipelajari, mempunyai sintaks yang ringkas dan sesuai untuk pemula. Selain itu, Python banyak digunakan dalam pembangunan aplikasi, automasi, analisis data, kecerdasan buatan serta pembangunan permainan dan laman web.

Peserta juga mempelajari asas Python seperti jenis data, penggunaan pembolehubah, struktur kawalan seperti if-else, gelung (loop), serta fungsi asas. Aktiviti latihan turut dijalankan bagi membantu peserta memahami konsep dengan lebih jelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.